rawa steamboat tak halal..

Aduan Awam Tentang Halal - Restoran Rawa Steamboat Taman Pelangi dan
Taman Gaya Johor Bahru.



Soalan lazim yang sering diajukan kepada Jabatan Agama Johor adalah
tentang status Halal bagi Restoran Rawa Steamboat. Untuk makluman semua
umat Islam, Restoran tersebut tidak pernah memohon Halal Johor dan tidak
memiliki Sijil halal sama ada daripada JAKIM atau Jabatan Agama Johor.
Justeru itu semua umat Islam seharusnya peka dan mengambil serius
tentang hal ini, iaitu perlu bijak memilih dan mengenalpasti Logo Halal
yang sebenar serta Sijil Pengesahan yang diiktiraf.

Kami di bahagian Pengurusan Halal ini bersama KPDNKK telah beberapa kali
membuat pemeriksaan bersama ke atas premis tersebut. Melalui pemeriksaan
itu ramai pengunjung Islam mungkin tertipu dengan logo halal yang
dipamerkan serta begitu yakin untuk menikmati hidangan yang disediakan
di premis tersebut. Restoran tersebut mendapat Sijil Halal swasta (IFRC)
yang tidak diiktiraf. Melalui pemerhatian semasa pemantauan  dijalankan
beberapa kesalahan telah dikenalpasti yang tidak menepati Manual
Prosedur Pensijilan Halal Malaysia seperti:-

Terdapat minuman keras di simpan di bahagian premis,( kesalahan melalui
peruntukan Seksyen 3 Akta Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975(iii)
iaitu menyimpan atau bersentuhan produk tidak halal dengan apa-apa
makanan yang halal.
Tiada tukang masak di bahagian dapur Islam warganegara Malaysia.
Penggunaan bahan mentah yang diperolehi daripada pembekal yang tidak
mempunyai jelas status halalnya.contohnya:- pengambilan sumber daging
ayam bukan daripada pengedar yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
Oleh yang demikian, semua umat Islam, khasnya di Johor seharusnya bijak
dalam memilih Restoran atau makanan yang mempunyai sijil Pengesahan
Halal yang diiktiraf. Pihak pengurusan Halal ini juga merngucapkan
ribuan terima kasih di atas keprihatinan semua orang awam. Pihak JAJ
akan terus memantau Restoran tersebut dan merangka pemeriksaan bersepadu
bersama agensi kerajaan lain bagi menjaga kepentingan umat Islam di
Johor. Untuk mendapat maklumat senarai pemegang Sijil Pengesahan Halal
Johor, boleh melayari laman web JAJ (www.johordt.gov.my/jaj) dan klik
pada Direktori Halal.

Sumber Web Jabatan Agama Islam Negeri Johor.





hmmm,hahai nak wat cmne . aku pon da bp kali mkn kt sini sdp mang laa sedap . adoy . ta sngke lak aku cm nie . mase ue pon dgr cte sal owg mbjb wt spot check kt rawa . dyeowg jmpe katak . katak ue mang dyeowg ta letak kt dpn dyeowg letak kt blkg . ble customer mintak baru dyeowg bgi . ta sangke aku . haha
by , ayuni

No comments: